Tuesday, August 12, 2008

MAJALAHKU DI PASARAN!



Kemunculan majalah ini di pasaran adalah satu takdir yang telah ditetapkanNya sejak azali. Jadi, kami sebagai hambaNya yang juga mengharap-kan sesuatu daripadaNya, maka dengan rasa penuh takzim dan syukur, kami berharap majalah ini akan berterusan menemui anda semua.

Majalah yang sedang anda pegang dan anda tatap ini adalah terbitan sulong syarikat kami. Jadi segala kelemahan dan kekurangan adalah satu yang pasti. Memuaskan hati semua pihak mana mungkin boleh kita lakukan. Tetapi kami pesimis mengharapkan ianya adalah yang terbaik setakat ini.

Majalah ini akan terbit setiap bulan dengan memaparkan rencana dan berita tentang dunia pelancongan, kesenian, hiasan dalaman, fesyen dan juga kecantikkan. Jadi kami berharap majalah ini menjadi teman anda untuk mendapatkan informasi dalam semua yang berkaitan di atas.

Bagi pengiklan-pengiklan kami yang berada di Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei, kami ucapkan selamat bertemu dan terus bertemu hingga penerbitan yang seterusnya. Kita memang saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi anggaplah majalah ini juga kepunyaan anda. Kita sama-sama membawanya ke satu arah yang maju.

Sekian, terima kasih

No comments: